Wednesday, 23 January 2008

macam busy nampaknya....

Fuhhh...lama dah tak update blog ni. Nampaknya penghulu siap hantar mesej peringatan...heheheh... sori laa penghulu, anak buah sibuk sangat ni dekat skool. Ni pun tadi gerak dari workshop pukul 10.30mlm. Nak siapkan model dgn mold sebelum Februari. Tu yg dari pagi sampai mlm dekat skool tu. Letih jugak, ingat malas nak update blog ni...tapi update jugak laa utk tatapan pelawat2 blog ni mengetahui situasi semasa dekat sini.
with Saiki sensei...industrial ceramic punyer tok guru
wave series - art form2 (tgh mengerjakan work ni laa)

Saturday, 12 January 2008

gakko oh gakko...

Lama dah tak update blog ni. Letih sebab banyak keje kat bengkel. Skang ni siang memang duduk kat workshop jer laa sampai workshop tutup. Pukul 6.30 camtu tutup dah. Memandangkan hari2 pegi skool n mungkin semua tertanya tanya mcm mana rupa Nagoya Geijutsu Daigaku (Nagoya Univ of Arts) tu...so ade laa gambar buat tatapan semua...


Gambar masa musim panas

Gambar masa musim luruh
Gambar masa musim sejuk

Sunday, 6 January 2008

Girlfren baru...heheheh

Semalam satu hari duduk rumah, so petang tu drpd takde buat ape aku pegi la jengah kedai Big1 dekat area umah aku tu. Lebih kurang mcm giant laa tempat tu. Tujuannya sebab nak beli jitensha baru (jitensha tu basikal). Jitensha Bridgestone yg lama tu boleh pakai lagi cuma dah rosak skit gear dia. Kalau nak kayuh tu sama ade yg paling ringan atau yg paling berat. Ditambah pulak lagi dynamo lampu dah rosak. Memang dia suruh beli baru laa tu.

Sebenarnya dah attack satu beskal warna oren kat kedai tu sebab design body dia cantik n nampak teguh. Tapi harga pulak tak boleh tahan..13,000yen.. pastu lak nak kena tukar double stand ngan tambah carrier belakang. Silap2 mau total dlm 15,000yen tu. Last2 ade satu beskal tu saiz 27 harga pulak 11,000yen jer. Complete dah siap double stand dgn carrier belakang. Malas nak pikir panjang..aku terus sapu yg tu jer laaa. Cuma warna dia silver ala2 chrome tu yg tak berkenan sikit. Sebab kat sini kebanyakan beskal warna tu. Kalau parking tu jenuh jugak laa nak mencari.

So dengan adenya jitensha baru ni, boleh laa jalan jauh skit. Selalu beskal lama tu boleh jalan petang2 dlm 25km...yg ni mau 30km aku mengayuh ni...heheheh
Girlfren baru dgn girlfren lama
Rumah ku di tingkat 3 sebelah tangga biru

Thursday, 3 January 2008

Aktiviti 1 Jan 2008

Hari ni sebenarnya hari yg agak meletihkan sebab baru balik dari Gifu pagi tadi. Dah 2 hari kat Gifu sebab ikut budak2 Mie Daigaku (Mie University) pegi main ski dgn snow board kat sana. (Mie tu sebutan dia "miyek" dlm bhs jepun). Kitorang pegi ramai jugak dlm 17 org semuanya naik van sewa. Tapi van sewa kat sini bukan calang2 van laa...Toyota Alphard. Kitorang pegi naik 2 bijik Alphard. peerrghh... kalau kat Malaysia tak merasa laa nak naik van ni. Yg lagi bestnye aku yg bawak alphard tu masa pegi ngan balik...heheheh..perasan mcm org kaya kejap laa.

So mlm tahun baru tu aku ngan Rizal (budak serumah) kena pegi Mie dulu berkumpul kat sana. Pagi 1hb tu dlm pukul 5 pagi kitorang dah siap2 kan brg semua n bertolak dlm kul 7 pagi. Sampai aje kat Gifu prefecture salji turun selebat-lebatnya...tebal kat atas jalanraya tu adelah dlm 1 kaki. Aku yg 1st time tengok salji ni buat2 cool laaa mcm takde pape...hahahah karang org kata jakun pulak.So sebab salji tebal, highway pun jam laa sebab banyak keta blom tukar tayar utk snow lagi. Akibat dari tu kitorang sampai Washigatake lambat dlm pukul 2.30 camtu n dapat main dlm 2 jam jer sebab kul 4.30 dah tutup pasal hari dah gelap.

Kalau ikut cadangan asal mlm tu tido hotel pastu pagi 2 hb balik Nagoya. Tapi sebab dpt main sekejap jer so kitorang tukar plan, 2 hb tu main lagi pagi sampai petang. Memang syok laa dapat main snow board. Walaupun 1st time main tapi dlm 4-5 kali try aku boleh main dah...hahahah kira terer laa jugak. Petang tu dlm kul 6 ptg kitorang cabut balik Mie balik n mcm mana pegi mcm tu laa balik...jalan jam teruk.



Kira sambutan tahun baru 2008 ni antara yg paling ceria laa....kat bawah ni ade short video masa tgh main snow board tu...enjoy





Gambar-gambar lain kat sana: