Wednesday, 17 December 2008

latest pics of my loves

kali ni nak update gambar terbaru 2 org si manis kesayangan aku n ibunya kat Malaysia tu . Tinggal lagi 3 bulan nak abis MA study ni...huhuhu. Allysha dah nak masuk 5 tahun n bulan Jan ni insyaAllah akan start kindergarten. Allyana pulak dah nak masuk 3 tahun n skang ni dah petah bercakap. Tapi dia ni ala-ala tokey sikit... suke mengarah..hahahahah perangai sape laa dia ikut agaknye eee? Semoga si manis 2 aku ni akan belajar rajin2 n boleh pegi oversea mcm ayah dia.... insyaAllah

Saturday, 13 December 2008

yamaha iwata, shizuoka ...at last


akhirnya 25/10/2008 aku berjaya menjejakkan kaki ke tempat yg memang diimpikan sejak sebelum berangkat ke Jepun lagi.... kilang Yamaha di Iwata City, Shizuoka Prefecture. Itu pun nasib baik dpt pertolongan seorang member yg duduk dekat Hamamatsu City utk bawak pegi sana. Dari nagoya nak ke sana lebih kurang dlm 2 jam 1/2 dgn tren "gedek-gedek" pastu dari Iwata stesen kena naik bas pulak utk sampai ke kilang.

Daripada jauh dah nampak betapa gahnya kilang yg merupakan antara pengeluar motosikal terhebat di dunia....kagum sekejap laa kat situ. Tapi oleh kerana pelawat tidak dibenarkan masuk ke dlm bhg operasi kilang, jadi kami pun melawat Yamaha Communication Plaza di hadapan kilang yg merupakan muzium Yamaha. Sampai kat depan tu dah nampak kelibat mat-mat motor jepun parking kat depan YCP. Kebetulan pada hari tu ade Yamaha Club Meeting, jadi bertuahlah dpt tengok penggila2 motosikal yamaha ni berkumpul ramai2.

Puaslah satu hari berkeliaran kat situ sampai kamera pun dah abis bateri. Tapi rasa2nya ape yg ade kat luar kilang tu lagi best dari yg kat dlm...heheheh


Friday, 14 November 2008

Sunday, 10 August 2008

di kebun anggur...


Utk post kali ni nak story pasal trip ke kebun anggur kat Okazaki di pinggir Nagoya. Trip ni turut disertai member2 dari Meikoudai ( Nagoya Institute of Tech ). So awal2 pagi lagi dah bangun sediakan meehoon goreng dgn tuna sandwich utk makan tengahari kat sana nanti. takde laa nak melantak anggur jer.

Sampai kebun anggur dah dekat kul 12 so kitorang carik kebun yg belah dlm sikit pasal yg belah luar banyak pelawat. Memang best laa dpt sampai kebun anggur ni...jakun kejap laa. Bayaran masuk seorang 1500yen lebih kurang RM45 dan kita boleh melantak anggur tu selagi mahu. Sambil makan2 sambil mengambil gambar. Setiap sorang diberikan satu bakul dan juga gunting utk memetik anggur. Yg best nya tempat makan dan bersantai tu dekat bwh gugusan pepohon anggur...hahahah..rasa mcm raja2 pulak. Dah kenyang makan anggur tu sekitar pukul 4 kitorang pun berangkat balik ke nagoya. Setiap seorang diberikan sekotak anggur segar yg baru dipetik...

Tuesday, 29 July 2008

a visit to Seto City


Huhuhu...dah 2 bulan tak update blog ni...tetiba dekat shoutbox tu dah ramai jer yg komen. Tak kenal pun ade. Ok laa nak start balik mengupdate blog. Nak cerita ape haa?

Ok laa...nak story pasal jemputan makan2 kat rumah technician ceramic workshop yg best dan sentiase murah dgn senyuman....Kiso san. Dah lama dia plan nak ajak pegi rumah dia ni. Kali ni baru betul2 jadi. Rumah Kiso san ni terletak dekat Seto iaitu salah satu drpd 5 bandar seramik utama di Jepun.

So hari tu aku dan 2 org lagi student Malaysia pegi laa ke rumah dia ni. Dari memula sampai hingga nak balik bini dia tak henti2 hidangkan makanan. Perut masing2 memang dah lapar giler...so memang lantak abis laa. Yg bestnya wife Kiso san ni pandai masak rojak pasembor n tomyam....hahahah... pucuk dicita ulam mendatang laa..semua dah rindu makanan Malaysia.

Lepas abis makan2 tu...Kiso san bawak pegi melawat workshop Ota sensei pasal aku dah bagitau awal2 kat dia kalau boleh nak pegi sana. So dia dah arrange masa dgn Ota sensei. Ota sensei ni mengajar kat Univ aku jugak cuma berlainan fakulti.. dia ajar ceramic design dlm Design Faculty n aku pulak student Ceramic craft dlm Faculty fine Art. Kebetulan masa lawatan ari tu...result Mino Ceramic Competition baru diumumkan n Ota sensei ni pulak Grand Prix winner dlm kategori Ceramic Design n dpt hadiah 3 juta yen bersamaan dgn RM90,000....pehhhhh... lagi berkobar2 laa hasrat nak tengok workshop dia. Yg bestnya Ota sensei ni sporting, ape jer yg aku tanya semua dia jawab..ape yg aku nak tengok semua dia carik n tunjukkan...walaupun dia tak berapa boleh speaking English tapi dia faham gak soalan kitorang n aku pulak kira paham gak laa Nihongo dia tu...cuma kalau tak paham Kiso san laa jadik translater...hahahah

So dari pagi sampai petang kitorang dekat Seto tu. rasa mcm satu hari suntuk habiskan masa kat sana memang berbaloi. banyak gak ilmu yg dpt n lepas balik dari situ rasa lebih berkobar2 nak buat work ni...huhuhu


Rojak pasembor

Tomyam ala nihon

Bersama Ota sensei dlm workshop dia

Ni laa dia work yg menang competiton dpt RM90,000


Semua work casting ni....memang champion laaa

Gaya seorang champion....sederhana

Tuesday, 13 May 2008

Tag: Koleksi barangan

Ok post ni utk menyempurnakan tugasan yg Ida bagi ari tu berkaitan koleksi barangan yg aku ade. Ape lagi koleksi yg aku ade kalau tak bukan helmet motosikal. Minat mengumpul helmet ni bermula masa sek menengah lagi tapi masa tu income blom ade...so sekadar dapat tengok org punyer helmet jer laa. Helmet yg dikumpul pun bukan sebarangan helmet cap ayam seperti Apollo atau SGV. Bagi mat2 motor sejati kat KL tu helmet yg menjadi kebanggan utk dimiliki adalah dari jenama BELL (USA) , Arai dan Shoei (Japan). Helmet yg mula2 sekali aku beli adalah jenama Arai dgn harga RM200 drpd member yg dah nak bersara main motor. Tapi biler aku dah mula kenal site melelong brg - eBay, maka bermula lah era membawa masuk helmet terus dari USA. Lepas tu pulak ditakdirkan dpt sambung belajar kat Jepun...hahahah pucuk dicita ulam mendatang laa. Setakat ni dlm koleksi aku dah ade 9 bijik helmet ; 4 BELL, 3 Shoei & 2 Arai.



Wednesday, 7 May 2008

A visit to Tajimi City

Dua minggu lepas group MA course seramik pegi lawatan ke Tajimi City dlm Gifu Prefecture. Tajimi ni termasuk di antara 5 tempat di Jepun yg terkenal dgn seramik sejak turun temurun. Kalau pegi Jepun nak tengok seramik, tak lengkap kalau tak lawat bandar ni. Merata-rata tempat dipenuhi dgn seramik. Seramik ni umpama sebahagian kehidupan masyarakat kat sini. Satu tempat yg paling terkenal kat bandar ni adalah Ceramic Park Mino yg mana kat sini terletaknya Mino Ceramics Museum yg terkenal seantero dunia pasal tiap-tiap 4 tahun sekali diadakan "International Mino Ceramics Competition" yg disertai oleh kebanyakan top seramik artis dari seluruh dunia. Untuk tahun 2008 ni aku hantar work hanging object yg banyak2 tu. So far dah terpilih utk second stage dan kalau lepas stage ni akan masuk final 200 works. Harap2 boleh berjaya ke final...InsyaAllah

Berbalik kepada museum tu..utk memasuki ke bangunan utama kita kena melalui satu terowong panjang yg mana pada siling tu dilekatkan serpihan karya2 artis yg terkenal di Jepun. Memang interesting laa idea tu...even dekat siling pun diorang terapkan benda seramik ni. Yg tak bestnya.. kat dlm museum tu tak dibenarkan mengambil gambar..tension jugak laa pasal kat dlm tu memang work seramik yg hebat2 karya artis2 yg pernah menang competition kat situ. Lepas lawat museum kitorang pusing2 sekitar Tajimi City.... sedikit sebanyak lawatan tu menaikkan jugak laa semangat nak buat work yg lebih baik dari yang sebelumnya.... InsyaAllah



Terowong masuk ke Ceramics museum


Serpihan work top artis pada siling


Bangunan utama museum


Antara work yg paling menarik dan halus ...saiz sebesar bola golf


'Idolaku' Saiki sensei di samping work dia yg femes kat Tajimi


Boleh ke aku buat besar ni?...pakai mold tu


Kat jepun ni kebanyakan work seramik saiz "XL" jer

Sempat jugak join 'tea ceremony'