Wednesday, 7 May 2008

A visit to Tajimi City

Dua minggu lepas group MA course seramik pegi lawatan ke Tajimi City dlm Gifu Prefecture. Tajimi ni termasuk di antara 5 tempat di Jepun yg terkenal dgn seramik sejak turun temurun. Kalau pegi Jepun nak tengok seramik, tak lengkap kalau tak lawat bandar ni. Merata-rata tempat dipenuhi dgn seramik. Seramik ni umpama sebahagian kehidupan masyarakat kat sini. Satu tempat yg paling terkenal kat bandar ni adalah Ceramic Park Mino yg mana kat sini terletaknya Mino Ceramics Museum yg terkenal seantero dunia pasal tiap-tiap 4 tahun sekali diadakan "International Mino Ceramics Competition" yg disertai oleh kebanyakan top seramik artis dari seluruh dunia. Untuk tahun 2008 ni aku hantar work hanging object yg banyak2 tu. So far dah terpilih utk second stage dan kalau lepas stage ni akan masuk final 200 works. Harap2 boleh berjaya ke final...InsyaAllah

Berbalik kepada museum tu..utk memasuki ke bangunan utama kita kena melalui satu terowong panjang yg mana pada siling tu dilekatkan serpihan karya2 artis yg terkenal di Jepun. Memang interesting laa idea tu...even dekat siling pun diorang terapkan benda seramik ni. Yg tak bestnya.. kat dlm museum tu tak dibenarkan mengambil gambar..tension jugak laa pasal kat dlm tu memang work seramik yg hebat2 karya artis2 yg pernah menang competition kat situ. Lepas lawat museum kitorang pusing2 sekitar Tajimi City.... sedikit sebanyak lawatan tu menaikkan jugak laa semangat nak buat work yg lebih baik dari yang sebelumnya.... InsyaAllah



Terowong masuk ke Ceramics museum


Serpihan work top artis pada siling


Bangunan utama museum


Antara work yg paling menarik dan halus ...saiz sebesar bola golf


'Idolaku' Saiki sensei di samping work dia yg femes kat Tajimi


Boleh ke aku buat besar ni?...pakai mold tu


Kat jepun ni kebanyakan work seramik saiz "XL" jer

Sempat jugak join 'tea ceremony'

3 comments:

@e_da said...

wah cantik la diorg punya konsep kan aku suka yg kat atas syiling n yg besar putih tu.. mcm pasu ko bg aku...

apa makcik last sekali cakap kat ko tu di..

anyway aku ada tag ko sila buat ek...

didi said...

hahah...makcik tu tgh ajar aku mcm mana nak makan 'mochi' sejenis kuih tradisional jepun yg dimakan semasa tea ceremony.

Restnrileks said...

wah.. macam interesting laa pulak tea ceremony tuu..hahaha balik nanti aku nak cube tea ceremony tuuu depan kucing aku

yamchaaaaa..! huhuhu