Huhuhu...dah 2 bulan tak update blog ni...tetiba dekat shoutbox tu dah ramai jer yg komen. Tak kenal pun ade. Ok laa nak start balik mengupdate blog. Nak cerita ape haa?Ok laa...nak story pasal jemputan makan2 kat rumah technician ceramic workshop yg best dan sentiase murah dgn senyuman....Kiso san. Dah lama dia plan nak ajak pegi rumah dia ni. Kali ni baru betul2 jadi. Rumah Kiso san ni terletak dekat Seto iaitu salah satu drpd 5 bandar seramik utama di Jepun.
So hari tu aku dan 2 org lagi student Malaysia pegi laa ke rumah dia ni. Dari memula sampai hingga nak balik bini dia tak henti2 hidangkan makanan. Perut masing2 memang dah lapar giler...so memang lantak abis laa. Yg bestnya wife Kiso san ni pandai masak rojak pasembor n tomyam....hahahah... pucuk dicita ulam mendatang laa..semua dah rindu makanan Malaysia.
Lepas abis makan2 tu...Kiso san bawak pegi melawat workshop Ota sensei pasal aku dah bagitau awal2 kat dia kalau boleh nak pegi sana. So dia dah arrange masa dgn Ota sensei. Ota sensei ni mengajar kat Univ aku jugak cuma berlainan fakulti.. dia ajar ceramic design dlm Design Faculty n aku pulak student Ceramic craft dlm Faculty fine Art. Kebetulan masa lawatan ari tu...result Mino Ceramic Competition baru diumumkan n Ota sensei ni pulak Grand Prix winner dlm kategori Ceramic Design n dpt hadiah 3 juta yen bersamaan dgn RM90,000....pehhhhh... lagi berkobar2 laa hasrat nak tengok workshop dia. Yg bestnya Ota sensei ni sporting, ape jer yg aku tanya semua dia jawab..ape yg aku nak tengok semua dia carik n tunjukkan...walaupun dia tak berapa boleh speaking English tapi dia faham gak soalan kitorang n aku pulak kira paham gak laa Nihongo dia tu...cuma kalau tak paham Kiso san laa jadik translater...hahahah
So dari pagi sampai petang kitorang dekat Seto tu. rasa mcm satu hari suntuk habiskan masa kat sana memang berbaloi. banyak gak ilmu yg dpt n lepas balik dari situ rasa lebih berkobar2 nak buat work ni...huhuhu


Rojak pasembor

Tomyam ala nihon
Bersama Ota sensei dlm workshop dia
Ni laa dia work yg menang competiton dpt RM90,000
Semua work casting ni....memang champion laaa

Gaya seorang champion....sederhana

3 comments:
wahhh didi kat jepun dapat makan pasembor... syok tu..... best gak artwork dia kan.. cantik lerrr
* teruskan berblogging ya...
wah wah.. tomyam ngan pasembor tuuu
best best.. tapi work dia memang cun..
aku suka form tuu..
ehhh memberikan inspirasi untuk buat sculpture weaving style.. huhu..
jual helmet beb..tambah ke untungan.. huhu
Ello bro Didi.. aku Lan, KL. Aku nak contact ko, bley x tolong bagi email address ke Ym ke.. urgent sgt. pasal berkaitan dengan Jepun jugak nih. Please..
ataupun please email aku
kronicles_78@yahoo.com.sg.
arigato in advance bro..
Post a Comment