
akhirnya 25/10/2008 aku berjaya menjejakkan kaki ke tempat yg memang diimpikan sejak sebelum berangkat ke Jepun lagi.... kilang Yamaha di Iwata City, Shizuoka Prefecture. Itu pun nasib baik dpt pertolongan seorang member yg duduk dekat Hamamatsu City utk bawak pegi sana. Dari nagoya nak ke sana lebih kurang dlm 2 jam 1/2 dgn tren "gedek-gedek" pastu dari Iwata stesen kena naik bas pulak utk sampai ke kilang.
Daripada jauh dah nampak betapa gahnya kilang yg merupakan antara pengeluar motosikal terhebat di dunia....kagum sekejap laa kat situ. Tapi oleh kerana pelawat tidak dibenarkan masuk ke dlm bhg operasi kilang, jadi kami pun melawat Yamaha Communication Plaza di hadapan kilang yg merupakan muzium Yamaha. Sampai kat depan tu dah nampak kelibat mat-mat motor jepun parking kat depan YCP. Kebetulan pada hari tu ade Yamaha Club Meeting, jadi bertuahlah dpt tengok penggila2 motosikal yamaha ni berkumpul ramai2.
Puaslah satu hari berkeliaran kat situ sampai kamera pun dah abis bateri. Tapi rasa2nya ape yg ade kat luar kilang tu lagi best dari yg kat dlm...heheheh







No comments:
Post a Comment