Tuesday, 26 February 2008

1st year hapyo (assestment)

"watashiwa daigakuin sei no zuraidy desu. Nihongo ga mada jozu ni hanasemasen no de. Ego de hapyo sasette itadakimasu"

Dah lama tak menjengah ke blog ni. Sibuk sangat dengan buat work utk presentation. Sekarang ni dah abis baru rilek sikit. 21 Februari lepas selesailah sudah hari penilaian utk work MA tahun satu. Dlm pada kelam kabut tu akhirnya sempat jugak siapkan segala-galanya. Dgn mold problem laa...sensei yg suka tukar2 idea lagi....huh...memang tension. tapi dgn izin Allah akhirnya segala-galanya berjalan lancar. Abis jugak laa dlm 20,000yen utk persiapan penilaian tu. Nasib baik boleh claim balik dgn Gakko (univ).


Oleh kerana nama start huruf 'A'...maka hari tu jadi org pertama utk dinilai. Nama Zuraidy, tapi bila dekat Jepun dia jadi Abd Rahim Zuraidy Bin. Huh memang gementar jugak laa. Oleh kerana nihongo kelam kabut lagi...maka hari tu present dlm Ego' (English) aje laa... 5-6 org sensei berlainan dept semua ade masa assestment tu. Kena gak attack 4-5 soalan...tapi AlhamdulilLah semua boleh jawab. Biasak laa jadi org pertama...soalan semua fresh lagi.

Lepas assestment work semua tak boleh bawak keluar sebab ade exhibition selama 3 hari dlm galeri Gakko. Sempat jugak laa budak2 malaysia dari Mie melawat pameran tu. Huru hara jugak laaa dibuatnya galeri tu... kalau tak bikin huru hara bukan student Malaysia laaa namanya ...hahahahah
Ape2 pun syukurlah semua dah selesai...boleh laa balik Malaysia kejap...balik mengundi..hahahahah





Sunday, 10 February 2008

salji di bumi nagoya


Semalam kenkonon bangun awal nak pegi skool buat keje. Masa bangun tu tengok kat luar ok jer tak de hujan ke ape. Lepas jer mandi tengok balik kat luar habuk2 berterbangan...yatta! salji turun jua di bumi Nagoya. Dekat Nagoya ni salji jarang turun walaupun suhu kengkadang 0* atau 1. So daripada niat nak pegi skool awal pagi tu, terus rilek2 kejap menghayati keindahan ciptaan tuhan. Dlm kul 1 lebih tu terus laa mengayuh basikal dlm salji yg tgh turun lebat tu. Sampai kat skool lengang jer takde org...semua duduk umah laa agaknya ni.
basikalku...
pagi di tokushige...
skool dari jauh
depan Art & Design campus
view dari tepi workshop

Friday, 1 February 2008

my connection to the world...

Akhirnya berjaya jugak aku menyiapkan tugasan penghulu dalam kesibukan nak menyiapkan final work dekat workshop setelah aku di tagged kan olehnya. Ni laa dia tempat aku melihat dunia dari ruang bongkah sepi aku ni... ini lah teman-temanku di kala kesepian. PC Dell Optiplex 745 yg bernilai 100,000 yen semasa aku beli ni setakat ni memang tidak mengecewakan. Dengan kepantasan 504mb kuasa kuda dan dibantu oleh enjin Pentium (R) D dlm sekelip mata aku dah boleh menonton filem2 baru di internet...heheheh... Sambil diiringi bunyi deruan keretapi di sebelah apartment ku ini memang mengasyikkan sekali dan ditambah pulak dengan siren lintasan keretapi....ohhh syahdunya




Pemandangan sekeliling.......
Hirano's garden (tuan rumah sewa)
my fevret transport
pagi di Tokushige..

Wednesday, 23 January 2008

macam busy nampaknya....

Fuhhh...lama dah tak update blog ni. Nampaknya penghulu siap hantar mesej peringatan...heheheh... sori laa penghulu, anak buah sibuk sangat ni dekat skool. Ni pun tadi gerak dari workshop pukul 10.30mlm. Nak siapkan model dgn mold sebelum Februari. Tu yg dari pagi sampai mlm dekat skool tu. Letih jugak, ingat malas nak update blog ni...tapi update jugak laa utk tatapan pelawat2 blog ni mengetahui situasi semasa dekat sini.
with Saiki sensei...industrial ceramic punyer tok guru
wave series - art form2 (tgh mengerjakan work ni laa)

Saturday, 12 January 2008

gakko oh gakko...

Lama dah tak update blog ni. Letih sebab banyak keje kat bengkel. Skang ni siang memang duduk kat workshop jer laa sampai workshop tutup. Pukul 6.30 camtu tutup dah. Memandangkan hari2 pegi skool n mungkin semua tertanya tanya mcm mana rupa Nagoya Geijutsu Daigaku (Nagoya Univ of Arts) tu...so ade laa gambar buat tatapan semua...


Gambar masa musim panas

Gambar masa musim luruh
Gambar masa musim sejuk

Sunday, 6 January 2008

Girlfren baru...heheheh

Semalam satu hari duduk rumah, so petang tu drpd takde buat ape aku pegi la jengah kedai Big1 dekat area umah aku tu. Lebih kurang mcm giant laa tempat tu. Tujuannya sebab nak beli jitensha baru (jitensha tu basikal). Jitensha Bridgestone yg lama tu boleh pakai lagi cuma dah rosak skit gear dia. Kalau nak kayuh tu sama ade yg paling ringan atau yg paling berat. Ditambah pulak lagi dynamo lampu dah rosak. Memang dia suruh beli baru laa tu.

Sebenarnya dah attack satu beskal warna oren kat kedai tu sebab design body dia cantik n nampak teguh. Tapi harga pulak tak boleh tahan..13,000yen.. pastu lak nak kena tukar double stand ngan tambah carrier belakang. Silap2 mau total dlm 15,000yen tu. Last2 ade satu beskal tu saiz 27 harga pulak 11,000yen jer. Complete dah siap double stand dgn carrier belakang. Malas nak pikir panjang..aku terus sapu yg tu jer laaa. Cuma warna dia silver ala2 chrome tu yg tak berkenan sikit. Sebab kat sini kebanyakan beskal warna tu. Kalau parking tu jenuh jugak laa nak mencari.

So dengan adenya jitensha baru ni, boleh laa jalan jauh skit. Selalu beskal lama tu boleh jalan petang2 dlm 25km...yg ni mau 30km aku mengayuh ni...heheheh
Girlfren baru dgn girlfren lama
Rumah ku di tingkat 3 sebelah tangga biru

Thursday, 3 January 2008

Aktiviti 1 Jan 2008

Hari ni sebenarnya hari yg agak meletihkan sebab baru balik dari Gifu pagi tadi. Dah 2 hari kat Gifu sebab ikut budak2 Mie Daigaku (Mie University) pegi main ski dgn snow board kat sana. (Mie tu sebutan dia "miyek" dlm bhs jepun). Kitorang pegi ramai jugak dlm 17 org semuanya naik van sewa. Tapi van sewa kat sini bukan calang2 van laa...Toyota Alphard. Kitorang pegi naik 2 bijik Alphard. peerrghh... kalau kat Malaysia tak merasa laa nak naik van ni. Yg lagi bestnye aku yg bawak alphard tu masa pegi ngan balik...heheheh..perasan mcm org kaya kejap laa.

So mlm tahun baru tu aku ngan Rizal (budak serumah) kena pegi Mie dulu berkumpul kat sana. Pagi 1hb tu dlm pukul 5 pagi kitorang dah siap2 kan brg semua n bertolak dlm kul 7 pagi. Sampai aje kat Gifu prefecture salji turun selebat-lebatnya...tebal kat atas jalanraya tu adelah dlm 1 kaki. Aku yg 1st time tengok salji ni buat2 cool laaa mcm takde pape...hahahah karang org kata jakun pulak.So sebab salji tebal, highway pun jam laa sebab banyak keta blom tukar tayar utk snow lagi. Akibat dari tu kitorang sampai Washigatake lambat dlm pukul 2.30 camtu n dapat main dlm 2 jam jer sebab kul 4.30 dah tutup pasal hari dah gelap.

Kalau ikut cadangan asal mlm tu tido hotel pastu pagi 2 hb balik Nagoya. Tapi sebab dpt main sekejap jer so kitorang tukar plan, 2 hb tu main lagi pagi sampai petang. Memang syok laa dapat main snow board. Walaupun 1st time main tapi dlm 4-5 kali try aku boleh main dah...hahahah kira terer laa jugak. Petang tu dlm kul 6 ptg kitorang cabut balik Mie balik n mcm mana pegi mcm tu laa balik...jalan jam teruk.



Kira sambutan tahun baru 2008 ni antara yg paling ceria laa....kat bawah ni ade short video masa tgh main snow board tu...enjoy





Gambar-gambar lain kat sana: